Saturday, July 24, 2010

MINGGU 2 : JURNAL REFLEKSI





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada kuliah minggu ini saya dan rakan-rakan telah disajikan dengan pelbagai ilmu yang baru mengenai Muzik Tradisional Malaysia. Pada hakikatnya, jika dilihat pada tajuk ini saya juga mengetahui sedikit sebanyak mengenai muzik tradisional yang terdapat di Malaysia. Namun demikian, terlalu cetek ilmu yang saya miliki jika hendak dibandingkan dengan apa yang saya telah pelajari di dalam kuliah ini. Terutamanya mengenai konsep-konsep yang terdapat di dalam Muzik Tradisional Malaysia ini. Pada permulaan kuliah saya dan rakan-rakan telah diterangkan mengenai konsep SOUNDSCAPE . Menurut Murray Schafer SOUND merupakan bunyi atau suara manakala SCAPE merupakan pemandangan. Rumusannya, pemandangan bunyi merujuk kepada karaktor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Sedangkan sebelum ini, saya sendiri tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan SOUNDSCAPE.

Kuliah ini diteruskan lagi dengan penerangan mengenai BUDAYA MUZIK. BUDAYA MUZIK dalam kalangan komuniti, daerah dan negara. Penerangan di dalam kuliah ini membolehkan saya mengenali BUDAYA MUZIK melalui genrenya yang tersendiri. BUDAYA MUZIK ini diperturunkan dari generasi ke generasi. Sebelum mempelajarinya, saya hanya mengetahui mengenai budaya muzik dalam kalangan bangsa melayu tetapi setelah mempelajarinya saya mendapati komuniti lain juga mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Budaya akan diterjemahkan dalam erti kata yang pelbagai mengikut pendapat dan pedirian oleh seseorang manusia itu. Saya dan rakan-rakan juga diterangkan mengenai apakah yang dimaksudkan dengan MUZIK? Saya menganggap setiap bunyi yang didengari adalah muzik. Namun demikian tanggapan saya salah kerana muzik adalah sesuatu yang dicipta oleh manusia dalam pelbagai cara.

Sejarah Muzik Tradisional menjadi tajuk kuliah saya yang seterusnya. Sebelum ini saya hanya mempelajari sejarah dalam konteks yang kecil. Tetapi di dalam kuliah ini saya telah dihidangkan dengan sejarah dalam konteks yang lebih meluas iaitu dari sudut dunia melayu merangkumi Indonesia, Kampuchea dan Filiphina. Walau bagaimanapun, terdapat juga sedikit persamaan dari segi penggunaan alat muzik mahupun genre yang digunakan oleh setiap bangsa itu. Penerangan yang dibuat satu persatu ini dapat memudahkan lagi pelajar dari jurusan lain selain daripada muzik untuk memahaminya dengan lebih baik. Saya juga dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana pergerakan muzik itu berlaku dari sesebuah negara ke negara lain. Sebagai contoh, pergerakkan bermula dari Benua Asia ke Kepulauan Pasifik dan seterusnya melibatkan pengaruh agama Animisme dan pengaruh pedagang india dan sebagainya. Pengaruh- pengaruh yang wujud ini akan membentuk pelbagai jenis muzik mengikut lagenda dan penceritaan masing-masing. Misalnya, pengaruh pedagang Arab telah mewujudkan zapin, hadrah rodat dan dabus. Begitu juga dengan pengaruh pedagang yang lain.

Kuliah ini diteruskan lagi dengan memperdengarkan saya dan rakan-rakan mengenai kategori alat muzik iaitu Kordofon, Membranofon, Aerofon, dan Idiofon. Kordofon merupakan kategori alat-alat yang menghasilkan bunyi daripada tali yang diregangkan. Membranofon pula merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi daripada kulit yang diregangkan atau dipalu. Aerofon pula membawa maksud alat muzik yang menghasilkan bunyi daripada lubang udara manakala Idiofon membawa maksud alat muzik yang menghasilkan bunyi daripada tindak balas rangkanya yang bergema.







~Contoh alat muzik Kordofon, Membranofon, Aerofon dan Idiofon~

Kuliah ini diakhiri dengan perbincangan mengenai Struktur atau Konsep sesebuah muzik itu. Pembelajaran mengenai tajuk ini membolehkan saya mengetahui bahawa terdapat enam struktur atau konsep muzik yang dapat dikupas dalam tajuk ini iaitu Melodi, Ritma, Harmoni, Bentuk/Form, Notasi dan akhir sekali Ekspresi/tafsir.

Akhir sekali, setelah mngetahui serba sedikit mengenai Muzik Tradisional Malaysia ini, saya menjadi semakin tertarik untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. Terutamanya Kuda Kepang yang selama ini saya sedikit pun tidak mengetahui bagaimana persembahan Kuda Kepang itu dilakukan. Saya berharap saya akan dapat mempelajarinya dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi setelah saya mengikuti kursus ini. Di samping itu, saya sertakan juga video bagaimana persembahan kuda kepang itu dilakukan yang menarik minat saya untuk menonton dan di kongsi bersama rakan-rakan.



Sekian Terima Kasih




2 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 3:04 AM said...

Ulasan yang baik Fatimah. Video dan gambar yang anda sertakan sangat menarik dan memudahkan pembaca memahami apa isi pelajaran yang ingin disampaikan. Teruskan usaha.

FaTiMaH HasHiM on August 3, 2010 at 6:52 AM said...

Terima kasih Marlin..

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 FATIMAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template