Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuliah pada minggu ini, saya telah didedahkan dengan 3 cabang ilmu baru yang terkandung di dalam kursus Muzik Tradisional Malaysia ini iaitu Kaedah Klasifikasi Muzik Tradi
sional Malaysia, Kategori Muzik Tradisional Malaysia dan Ciri-ciri Muzik Tradisional Malaysia. Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan penerangan mengenai Perspektif Adaptasi dan Idiosinkretik. Adaptasi merupakan penyesuaian, manakala Idiosinkretik adalah gaya atau cara yang tersendiri. Contoh - contoh alat muzik yang menggunakan perspektif adaptasi Idiosinkretik adalah seperti di Malaysia, Ghazal Phati dan Ghazal Johor, manakala di Negara Arab, penggunaan alat ini dapat dilihat di dalam seni persembahan Baladi Dance dan Ya Zuhur. Namun demikian, bukan seni persembahan itu sahaja yang menggunakan perspektif ini tetapi Orkes Gambus yang popular di Negara Indonesia juga mengaplikasikan perspektif ini di dalam seni persembahannya.

Setelah mengikuti kursus dan kuliah yang dijalankan ini, saya kini mengetahui bahawa setiap alat muzik yang digunakan dapat diklasifikasikan mengikut klasifikasi yang tertentu. Sebagai contoh, Budaya muzik Cina, India dan Eropah mempunyai sistem penyusunan alatnya yang tersendiri. Contohnya, Lapan kumpulan asas yang terdapat di dalam penggunaan alat muzik Cina iaitu:~

~Logam, Batu, Kain, Tanah, Kulit, Labu Kering, Buluh, Kayu~

Terdapat tiga klasifikasi alat muzik yang digunakan oleh setiap pemain iaitu Perkusi, Bertali dan Tiupan. Alat muzik perkusi termasuklah Drum manakala alat muzik Bertali pula adalah seperti gitar dan alat muzik Tiupan adalah seperti Trumpet dan sebagainya.

Kuliah pada minggu ini diteruskan lagi dengan penerangan dengan lebih lanjut mengenai ciri - ciri utama di dalam Muzik Tradisional Malaysia. Ciri - ciri muzik ini merangkumi tradisi besar dan tradisi kecil. Lima kategori utama telah diperjelaskan di dalam tajuk kecil ini. Penerangan mengenai muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik, dan muzik kontemp. Setelah mendengar penjelasan yang dibuat secara lanjut ini, kini saya telah dapat membezakan apa yang dikatakan dengan muzik klasik dan muzik rakyat misalnya. Saya berharap saya akan dapat mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi mengenai tajuk ini.


Sekian Terima Kasih



1 comments:

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:32 AM said...

moga kita peroleh ilmu yang berguna=)

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 FATIMAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template