Friday, October 22, 2010

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuliah pada minggu ini telah menyajikan saya dan rakan dengan sebuah tajuk baru yang unik dan amat menarik minat saya untuk terus mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai tajuk ini. Tajuk yang menjadi pilihan pensyarah pada minggu ini adalah Gendang 24 Musim. Tajuk ini merupakan tajuk baru kepada saya.

Penerangan diteruskan dengan menerangkan serba sedikit mengenai pengenalan dan sejarah gendang 24 musim. Gendang 24 musim dikatakan berasal dari satu musim pertanian di negara China. Nama setiap musim itu ditulis pada gendang yang dimainkan dengan kaligrafi Cina. Di China, dikatakan mempunyai 4 musim besar, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin, musim ini dibahagikan kepada 6 musim kecil berasaskan pertanian yang terdapat di negara mereka.

Kuliah diteruskan lagi dengan menjelaskan mengenai gaya persembahan yang terdapat di dalam ensemble gendang 24 musim ini. Semasa persembahan pemain dikehendaki memakai pakaian tradisional lelaki Cina. Namun demikian, mereka juga menggunakan prop sampingan seperti topeng, tali pinggang, dan sebagainya.

Seterusnya, kami diterangkan pula mengenai alat muzik yang digunakan di dalam ensemble gendang 24 musim ini. Semestinya ensemble ini menggunakan gendang. Gendang yang digunakan adalah Gendang Shigu iaitu dram tarian singa tetapi ada juga yang menggunakan gendang Longgu. Kedua-dua gendang yang digunakan oleh ensemble ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara, kerana ianya dilihat hampir sama dan berbentuk tong. Ia dikatakan berbentuk tong kerana gendang ini besar.





Saya berharap agar suatu hari nanti saya akan bermain gendang 24 musim ini kerana ianya menarik dan unik bagi saya.

Sekian Terima Kasih




6 comments:

SMP2252 SING YING on October 30, 2010 at 2:16 AM said...

Gendang musim 24 ini memang menarik. Video youtube yang saudari tanyangkan memang menarik dan menakjubkan. :)

smp2252aisya on October 30, 2010 at 2:48 AM said...

video yang anda tayangkan menarik minat saya tentang gendang 24 musim. kita akan sama-sama main gendang 24 musim ini jea cik fatimah..good luck exam nanti...

SMP2252 WONG SOON EN on October 30, 2010 at 8:11 AM said...

Posting yang lengkap dengan video yang menarik sekali.... tingkatkan usaha anda dalam posting yang seterusnya .....

SMP2252 ASHARI on October 30, 2010 at 9:19 AM said...

Wong..anda terpilih sebagai pengkritik af10..hehehe (^_^)V

Menarik!timah!sangat menarik!!

syitahbuang on October 30, 2010 at 6:17 PM said...

semoga bejaya fatimah

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:28 AM said...

menarik ulasan anda..tahniah~

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 FATIMAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template