Thursday, August 12, 2010

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk kuliah pada minggu ini adalah Gamelan dan Caklempong. 3 objektif yang difokuskan pada minggu ini adalah :~
  • Sejarah dan Jenis-jenis Gamelan / Caklempong
  • Alat Muzik Gamelan / Caklempong
  • Sistem Tonal, Bentuk, Melodi, Tekstur / Caklempong
Kuliah dimulakan dengan menjelaskan mengenai sejarah muzik Gamelan. Terdapat 2 jenis Gamelan iaitu :~
  • Gamelan Melayu
  • Gamelan Jawa
Walaupun saya telah mengikuti kursus Gamelan dan Caklempong sebelum ini, namun demikian masih ada lagi istilah-istilah yang saya tidak ketahui. Misalnya istilah Jawa yang digunakan khusus di dalam Ensemble gamelan dan Caklempong ini. Pengajaran di dalam khusus ini adalah lebih mendalam dan amat menarik minat saya. Pelajar-pelajar yang baru pertama kali mempelajari tajuk ini diberi peluang untuk cuba bermain alat muzik ini secara langsung. Peluang yang diberikan ini merupakan salah satu langkah yang terbaik bagi memberi pendedahan kepada pelajar ini supaya mereka dapat merasakan sendiri bagaimana hendak bermain alat-alat muzik di dalam Ensemble Gamelan ini. Mereka boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika mengikuti kuliah ini apabila diberi peluang untuk bermain di dalam Ensemble Gamelan itu sendiri. Saya amat tertarik ketika saya dipertonton kan video mengenai Ensemble Gamelan Bali yang unik bagi saya.

Gamelan Bali



Kuliah pada minggu ini diteruskan lagi dengan penerangan mengenai Ensemble Caklempong, bermula dari sejarah Caklempong dan alat-alat muzik yang terdapat di dalam Ensemble Caklempong. Penerangan diberi secara mendalam mengenai setiap alat yang digunakan. Bagaimana ianya dinotasikan, juga diperjelaskan. Setelah mengikuti dan mempelajari tajuk ini, saya dapati banyak perbezaan di antara Ensemble Gamelan dan Caklempong. Hal ini, akan memudahkan saya untuk mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari di dalam kursus ini ketika saya menjadi seorang guru kelak. Saya mengharapkan kuliah-kuliah pada minggu berikutnya akan memberikan saya satu pendedahan yang baru yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan satu hari nanti.

Caklempong



Saya mengaharapkan generasi-generasi pada masa kini akan sentiasa meghargai seni tradisional yang terdapat di negara kita kerana seni tradisional yang terdapat di negara kita ini amat unik. Sekiranya dipelajari dengan lebih mendalam, ianya amat menarik dan amat bernilai.

Sekian Terima Kasih






1 comments:

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:34 AM said...

tahniah~ulasan yang baik

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 FATIMAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template