Sunday, August 22, 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu ini saya mempelajari mengenai dua tajuk baru iaitu Makyung dan Kompang. Saya dan rakan-rakan begitu asyik ketika mengikuti kuliah ini. Apa yang telah kami pelajari secara tidak langsung kami diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana hendak bermain kompang misalnya. Jadi, kami dapat mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari semasa kami diberi peluang untuk bermain kompang sendiri.
Kuliah diteruskan lagi dengan merungkai serba sedikit:~
  • Sejarah Makyung
  • Persembahan dan Alat Muzik
  • Melodi, Bentuk dan Irama
Kami diterangkan sedikit sebanyak mengenai asal-usul Makyung dan sebagainya. Makyung berasal dari Patani. Makyung dipersembahkan dengan tujuan ritual dan persembahan. Cerita asal Makyung bertajuk Dewa Muda iaitu cerita rakyat. Watak-watak yang terdapat di dalam seni persembahan Makyung adalah:~
  • Pakyung dan Pakyung Muda (Watak utama)
  • Makyung dan Puteri Makyung (Raja Perempuan)
  • Peran Tua dan Peran Muda (Pengasuh)
  • Tok Wak (Ahli Nujum dan Tukang)
~Watak-watak Makyung~

Setelah mengikuti kelas pada minggu ini, saya sedikit sebanyak telah mendalami seni persembahan Makyung dan mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan seni persembahan ini. Seperti ensemble-ensemble lain, Makyung juga mempunyai lagunya yang tersendiri untuk dipersembahkan. Sebagai contoh lagu:~
  • Mengadap Rebab
  • Kijang Emas
  • Lagu Sindung
Bentuk-bentuk lagu yang dipersembahkan di dalam seni persembahan Makyung ditentukan dalam sistem gongan. Gongan merupakan pusingan atau jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic yang dihasilkan oleh gong. Irama di dalam seni persembahan Makyung pula menggunakan 4 jenis timbre iaitu PAK, DUH, CAK, TING dan dipersembahkan dengan gaya meningkah.





Kuliah pada minggu ini diteruskan lagi dengan merungkai dengan lebih mendalam mengenai Kompang iaitu:~
  • Sejarah Kompang
  • Alat muzik kompang
  • Tempo dan Rentak
Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat. Sebelum mengikuti kuliah ini saya langsung tidak mengetahui istilah lain yang digunakan kepada alat muzik kompang ini. Istilah yang digunakan adalah DUFUF, DAFF, DUFF, TAR atau BENDIR. Seni persembahan kompang amat menitikberatkan tentang adab seperti acab berpakaian, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang, tidak boleh meletakkan arah kulit kompang ke lantai. Namun demikian, adab ini semakin lama semakin ditinggalkan. Kompang diperbuat daripada kulit kambing betina. Kulit kambing betina diberi keutamaan untuk dijadikan kompang kerana kulit kambing betina mempunyai ari-ari yang lembut dan mudah untuk diregangkan.

Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis:~
  • Kompang Hadrah (Negeri Perak)
  • Kompang Johor/Jawa
  • Kompang Eizhar (Negeri Selangor)
  • Kompang Kelalang (Negeri Melaka)
Penerangan mengenai kompang diteruskan lagi dengan merungkai pula mengenai saiz yang terdapat pada setiap kompang yang dihasilkan. Kompang dihasilkan dalam pelbagai jenis saiz mengikut umur pemain itu sendiri. Misalnya:~
  • 30 cm - 12 tahun dan ke bawah
  • 32.5 cm - 13 dan 14 tahun
  • 35 cm - 15 dan 16 tahun
  • 37.5 cm - 40 cm - Orang dewasa
Terdapat beberapa jenis yang digunakan di dalam paluan kompang iaitu:~
  • Rentak Inang
  • Rentak Masri
  • Rentak Asli



Sebelum mengakhiri kuliah pada minggu ini, saya dan rakan-rakan diberi peluang untuk bermain kompang bersama-sama dengan rentak asas yang dimainkan di dalam ensemble kompang. Peluang yang diberikan amat berguna kepada mereka yang selama ini mungkin tidak merasakan bagaimana hendak memalu kompang dan mendapatkan bunyi yang baik dari kompang yang dipalu.

Sekian Terima Kasih



1 comments:

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:34 AM said...

teruskan beri reflesi yang menarik...

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 FATIMAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template