Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera
Kuliah pada minggu ini amat menarik minat saya kerana pembentangan daripada rakan-rakan yang telah merungkai serba sedikit mengenai KUDA KEPANG amat memberansangkan. Sebelum ini saya amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuda kepang ini. Bagaimana ia dipersembahkan, bagaimana ia dilakukan oleh setiap pemain, apakah mantera yang digunakan dan dibacakan ketika persembahan dijalankan. Semuanya telah terjawab setelah saya mengikuti kuliah pada minggu ini.
Pembentangan dimulakan dengan penerangan mengenai sejarah kuda kepang. Seni persembahan kuda kepang berasal dari Jawa. Saya juga diberi penerangan mengenai istilah-istilah yang digunakan di dalam seni persembahan ini. Misalnya 'Jaran' yang bermaksud 'kuda' manakala 'kepang' pula membawa maksud 'anyaman'.
Sesi pembentangan diteruskan lagi dengan menerangkan tentang alat muzik yang digunakan di dalam persembahan kuda kepang. Di antara alat-alat muzik yang digunakan adalah Gendang Jawa, Gong, Jidur, Kenong Kuda Kepang, Saron Peking, Angklung, dan Bonang.

~Gendang Jawa~
~Gong~
~Kenong~
~Saron Peking~
~Jidur~
~Kuda Kepang~
Sesi pembentangan menjadi lebih rancak apabila pembentang membentangkan mengenai cara, fungsi dan bilangan penari yang terlibat di dalam sesebuah persembahan kuda kepang. Kuda Kepang dipersembahkan di tempat yang terbuka atau di atas pentas yang besar. Kemenyan akan dibakar dan jampi akan dibacakan untuk memberikan tenaga kepada kuda. Telur mentah, bunga, rumput dan air digunakan ketika persembahan dilakukan. Apabila muzik dimainkan, pemain kuda kepang akan mula masuk ke gelanggang sambil menunggang kuda masing-masing dan bergerak mengikut rentak muzik yang diperdengarkan.
Seterusnya, Penari atau pemain kuda kepang akan menjadi semakin aktif dan mereka akan melakukan pergerakkan yang aneh dan luar biasa tanpa mereka sedari seperti melompat setinggi 6 kaki, bersilat dan sebagainya. Bunyi yang mengiringi penari ketika ini akan menjadi bertambah rancak.
Di dalam persembahan ini, ia akan melibatkan 25 orang ahli yang terdiri daripada 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang bertindak sebagai bomoh pemulih, dan 9 hingga 15 orang bertindak sebagai penjaga kawasan. Hal ini kerana, berkemungkinan penari yang bertindak di luar kawalan mereka akan mencederakan penonton dan sebagainya.
Pada mulanya seni persembahan ini merupakan seni persembahan biasa. Namun demikian, lama-kelamaan, ianya mula diterima oleh masyarakat dan bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain.
Namun begitu, pembentang juga membentangkan mengenai pantang larang yang diamalkan di dalam seni persembahan kuda kepang ini. Di antara pantang larang yang diamalkan adalah seperti menjampi sebelum memulakan istiadat atau memulakan sesuatu persembahan kuda kepang, memberi pengeras kepada 'tok bomoh', memainkan alat muzik mengikut keadaan kuda kepang, dan lain-lain lagi.

Di sini saya ingin kongsikan bersama rakan-rakan beberapa video kuda kepang yang menarik minat saya untuk menonton.
Pembentangan daripada rakan-rakan yang terlibat pada minggu ini banyak memberi saya satu pendedahan baru yang merungkai segala persoalan yang terdapat di minda saya ini. Kajian yang mereka jalankan dan dikongsi bersama rakan-rakan amat menarik dan ianya membuatkan saya rasa ingin mencuba dan mempelajari dengan lebih lanjut lagi mengenai seni persembahan kuda kepang ini.
4 comments:
jurnal yang menarik...
bagussssss
terima kasih bismi..teruskan membaca lg yer..hehe
Kuda kepang ini popular di Johor. Tapi sayang kerana telah diharamkan. Apakah pandangan saudari mengenai pengharaman ini?
penerangan anda menarik kerana disertakan gambar dan video..tahniah
Post a Comment